Fynn Jamal - Suatu Yang Pernah


habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

suatu—
pernah.

STENCIL ART PORTRAIT

Penonton Teater

Mengetuk Simpati Langit

19/1/2015

Jikalau kapas seringan awan
gagahkah ia menampung hujan?

Tibanya kemarau semusim lalu
kita menghitung belulang ternakan
serta reranting tanaman yang gersang
sambil berharap malaikat maut datang
menghidangkan segelas minuman.

Lupakah, pada dua musim lepas
bukankah kita pengembala dosa paling tegar
menternak nafsu di kandang duniawi lalu
tatkala tiba senja, kita biarkan ia bebas
meragut angkuh di padang hibur hingga
runtuh pagar imani dan peribadi.

Sekian kali, saat petir mengetuk simpati pintu langit
kitalah warga nyanyuk yang bersorakkan
menadah dan meneguk air yang mengguyur
dari langit-Nya ke tanah berlecah. Sungguh,
kitalah sang pelatah dan pelupa
punya mata, tapi yang buta
punya telinga, tapi yang tuli
punya hati, tapi yang mati.
Maka, kitakah kerpasan awan atau
gumpalan kapas hanya; buat menyuci
lanarnya nanah jahiliah di dada sendiri?

-Muzaf Ahmad

Andai esok tiada untukku


Bismillahirrahmannirrahim

Andai esok aku tiada
aku ingin kau tahu
aku amat mengasihi kau

meskipun kau mencari aku bila perlu saja
tapi tak apa, aku rela
kerna kau --sahabat aku
semuanya sudah aku halalkan
supaya kau hidup tenang di dunia ini

tiada lafaz yang mampu aku luahkan
hanya doa yang mampu aku berikan --selagi aku hidup
kerna --doa tercatat di langit selamanya

apa yang aku harap
kau akan menghargai aku bila aku sudah tiada
cukup dengan alunan al-Fatihah kau berikan untukku
kerna --selama aku hidup
aku tidak pernah merasai sebegitu

-menahan tangisan
Aisya, 24 Nov 2014





STUDY VS BUSINESS


12/11/2014

Assalamualaikum ^^,

Entry kali ni akan menerangkan tentang dua perkara. Haaa, pasal ape eh ? Nak tau ? Baca sampai habis la, jangan skip !! aha

“STUDY ke BUSINESS yang kau nak sebenarnya aisya ? kau tak penat ke post khat hari-hari. ?” ehh, #akuyangpostkauyangpenat haha. Kasar tak ayat ? *gurau je ok ^^,

Hmm, memang. Selalu saya dengar soalan-soalan yang kurang mencabar macam tu. Haha. Biarlah, setiap orang ada pandangan yang berbeza. Apa yang saya nak bagitau, dua-dua saya NAK ! Wahh tamak gilaaa.*well

Business saya tak akan kemana kalau saya tak ada ilmu. Ilmu tu nak dapat dari mana ? Yes, belajar. Belajar dan terus belajar. Saya rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah. Perancangan Allah itu sangat cantik. Bayangkan, selepas saya tamat PMR, saya berhajat nak sambung pelajaran dalam bidang Akaun. Seriously saya tak minat subjek Biologi. Jadi, semangat untuk saya teruskan belajar dalam kelas aliran Sains tulen semasa di tingkatan 4 dan 5 tu amatlah lemah. Ya, lemah gemalai. Banyak kali saya usaha untuk tukar ke kelas Akaun tetapi keputusannya tetap hampa. Pehh, sedihnya masa tu hanya Allah yang tahu. Namun, saya teruskan belajar . Demi siapa ? Demi Allah, demi mak, demi ayah. Selepas SPM, perkara yang sama tetap berlaku di matrikulasi. Dari modul 1, saya berhajat untuk tukar ke modul Akaun. Banyak sangat konflik, spekulasi, kata-kata daripada kawan-kawan menyebabkan semangat saya pudar untuk tukar modul. Ya, sekali lagi saya kena hadap buku Biologi. *ohh menn. Seriously awaaaa, sayaaa taa kuat masa tuu.

Tapi, Alhamdulillah. Berkat doa dari keluarga, mak dan ayah. Saya berjaya lepas target 3.0 dan sekarang saya belajar dalam kos Pengurusan Teknologi Industri which is more to engineering management. Saya tau, Allah dengar doa saya dan makbulkan doa tu setelah 3 tahun saya menunggu. Kos ni banyak mengajar macam mana saya nak manage saya punya business. Hebat mana pun sesuatu product  tu tak akan kemana kalau marketing and management dia tak hebat ! Setuju ?

Beli buku, tapi tak baca. RUGI. Same with ada ilmu tapi tak amalkan. YOU THINK. 

Jadi, sekarang ni saya nak bagitau. Business saya tak akan kemana kalau saya tak ada ilmu. Ilmu yang saya ada juga akan sia-sia kalau saya tak praktikkan. Study dan business saya bergerak seiring. Saling memerlukan. Ibarat mak dan ayah saya yang saling memerlukan dan juga ibarat kaklong dan banglong yang saling memerlukan. *tetiba haha.

--Okay. Sekarang ni nak cerita sikit apa makna aisyMikael’sart. Aisy bermaksud kemakmuran hidup. Mikael ialah nama malaikat yang memberi rezeki. Semoga Allah luaskan rezeki saya dan kamu.  InsyaAllah. Ameen. So, stop speculate things. It is not about nama pakwe or else. *blerghhh. Tak ada kaitan ye. Mu paham dok? ^^,

Akhir kata, akademik no. 1 , aisyMikael’sart bukan no. 2. Semoga setiap usaha dan perilaku kita di dunia ini diredhai Allah dan diredhai kedua ibu bapa kita. InsyaAllah.


---Nak share business family saya sikit. Jom terjah !

MyMoms.Crochet by Mak and Kaklong
-fully handmade 


G-Shock Cafe by Angah
-rare and latest G-Shock terus dari Jepun


aisyMikael'sart
-desigs for you a wall dessert


Numis Collection by Amir
-menjual duit-duit lama

FOR THE FIRST TIME