12/11/2014
Assalamualaikum ^^,
Entry kali ni akan
menerangkan tentang dua perkara. Haaa, pasal ape eh ? Nak tau ? Baca sampai
habis la, jangan skip !! aha
“STUDY ke BUSINESS yang kau nak sebenarnya aisya ? kau
tak penat ke post khat hari-hari. ?”
ehh, #akuyangpostkauyangpenat haha. Kasar tak ayat ? *gurau je ok ^^,
Hmm, memang. Selalu saya dengar soalan-soalan yang
kurang mencabar macam tu. Haha. Biarlah, setiap orang ada pandangan yang
berbeza. Apa yang saya nak bagitau, dua-dua saya NAK ! Wahh tamak gilaaa.*well
Business saya tak akan kemana kalau saya tak ada ilmu. Ilmu tu
nak dapat dari mana ? Yes, belajar.
Belajar dan terus belajar. Saya rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah.
Perancangan Allah itu sangat cantik. Bayangkan, selepas saya tamat PMR, saya
berhajat nak sambung pelajaran dalam bidang Akaun. Seriously saya tak minat subjek Biologi. Jadi, semangat untuk saya
teruskan belajar dalam kelas aliran Sains tulen semasa di tingkatan 4 dan 5 tu
amatlah lemah. Ya, lemah gemalai. Banyak kali saya usaha untuk tukar ke kelas
Akaun tetapi keputusannya tetap hampa. Pehh, sedihnya masa tu hanya Allah yang
tahu. Namun, saya teruskan belajar . Demi siapa ? Demi Allah, demi mak, demi
ayah. Selepas SPM, perkara yang sama tetap berlaku di matrikulasi. Dari modul
1, saya berhajat untuk tukar ke modul Akaun. Banyak sangat konflik, spekulasi,
kata-kata daripada kawan-kawan menyebabkan semangat saya pudar untuk tukar
modul. Ya, sekali lagi saya kena hadap buku Biologi. *ohh menn. Seriously awaaaa, sayaaa taa kuat masa tuu.
Tapi, Alhamdulillah. Berkat doa dari keluarga, mak dan
ayah. Saya berjaya lepas target 3.0 dan sekarang saya belajar dalam kos
Pengurusan Teknologi Industri which is
more to engineering management. Saya tau, Allah dengar doa saya dan
makbulkan doa tu setelah 3 tahun saya menunggu. Kos ni banyak mengajar macam
mana saya nak manage saya punya business. Hebat mana pun sesuatu product
tu tak akan kemana kalau marketing
and management dia tak hebat ! Setuju ?
Beli buku, tapi tak
baca. RUGI. Same with ada ilmu tapi
tak amalkan. YOU THINK.
Jadi, sekarang ni saya nak bagitau. Business saya tak akan kemana kalau saya
tak ada ilmu. Ilmu yang saya ada juga akan sia-sia kalau saya tak praktikkan. Study dan business saya bergerak seiring. Saling memerlukan. Ibarat mak dan
ayah saya yang saling memerlukan dan juga ibarat kaklong dan banglong yang
saling memerlukan. *tetiba haha.
--Okay. Sekarang ni nak cerita sikit apa makna
aisyMikael’sart. Aisy bermaksud kemakmuran hidup. Mikael ialah nama malaikat
yang memberi rezeki. Semoga Allah luaskan rezeki saya dan kamu. InsyaAllah. Ameen. So, stop speculate things. It is not about nama pakwe or else. *blerghhh. Tak ada kaitan ye. Mu paham dok? ^^,
Akhir kata, akademik no. 1 , aisyMikael’sart bukan no.
2. Semoga setiap usaha dan perilaku kita di dunia ini diredhai Allah dan diredhai
kedua ibu bapa kita. InsyaAllah.
---Nak share
business family saya sikit. Jom terjah !
MyMoms.Crochet by Mak and Kaklong
-fully handmade
G-Shock Cafe by Angah
-rare and latest G-Shock terus dari Jepun
aisyMikael'sart
-desigs for you a wall dessert
Numis Collection by Amir
-menjual duit-duit lama




.jpg)




0 comments:
Post a Comment